JaUh PeRjaLaNAn LUas PeMaNdAnGaN

Isnin, 25 Oktober 2010

lagu bola kelantan - SEMANGAT ANOK JATE

Gomo Kelate Gomo

Cikgu Sulizi - Beruntung Jadi Anak Kelantan

Rabu, 13 Oktober 2010

Kisah Siti Fatimah RA Dan Pembantu Rumah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.

Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.

Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.

Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.

Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.

Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya. - www.iluvislam.com

Ahad, 10 Oktober 2010

Ta’zir

Pendahuluan
Dalam kertas kerja ini kami akan membincangkan tentang ta’zir berdasarkan kepada kefahaman kami terhadap penerangan-penerangan ta’zir yang terkandung dalam buku-buku ilmiah yang kami rujuki.

ta’zir dari segi istilah syarak didefinisikan sebagai hukuman keseksaan syarak yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang melakukan maksiat atau lain-lain jenayah yang tidak dikenakan hukuman hudud mahupun qisas. Hukuman ta’zir amatlah berbeza dengan hukuman hudud dan qisas kerana objektif hukuman ta’zir adalah untuk memberi pengajaran dan bukanya memberikan hukuman yang keras seperti hukuman bunuh yang dikenakan ke atas orang yang murtad jika merujuk kepada hukum hudud.

Selain daripada itu, hukuman ta’zir adalah universal iaitu sesuai untuk semua peringkat umur, agama, jantina dan termasuklah kanak-kanak tetapi dengan syarat, penjenayah-penjenayah yang melakukan kesalahan ta’zir mestilah berakal. Bentuk dan jenis hukuman ta’zir adalah terletak kepada kebijaksanaan dan kearifan hakim yang mengadili kes ta’zir. Walaubagaimanapun, hukuman yang ditentukan oleh hakim bukan bererti datang dari mentalitinya semata-mata tetapi juga melalui panduan-panduan yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t., panduan yang dimaksudkan di atas ialah hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman yang melebihi hukuman hudud ke atas penjenayah ta’zir kerana akan tergolong dikalangan orang yang zalim.

Bagi menentukan kesalahan ta’zir, hendaklah berpanduan kepada kaedah-kaedah tertentu iaitu berdasarkan kepada pendapat ulama’ hanafi metod-metod pembuktian jenayah ta’zir ada empat iaitu pengakuan, penyaksian, keengganan bersumpah dan pengetahuan qadi.
Secara kesimpulanya, walaupun jenayah ta’zir tidak seberat jenayah hudud dan qisas, ini tidak bermakna penjenayh ta’zir terlepas dari pengadilan kerana ta’zir bertujuan untuk menghalang penjenyah-penjenayah ta’zir dari mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan.

- Definisi Ta’zir:

Suatu hukuman atau seksaan yang tidak ditentukan kadar dan peraturannya oleh Allah tetapi diserahkan kepada budi bicara pemerintah dalam kesalahan-kesalahan yang ditetapkan hukumnya oleh Allah.

Ta’zir dari segi bahasa al-ta’zir bermaksud halangan antaranya digunakan dengan makna pertolongan, ia menghalang musuh seseorang daripada menyakitinya. Kalimah ta’zir menjadi popular dengan makna memberi pengajaran dan penghinaan kurang daripada hukuman hadd. Ini kerana ta’zir dapat menghalang penjenayah daripada mengulangi kesalahan mereka.

Menurut istilah syarak pula ta’zir bermaksud hukuman keseksaan syara’ terhadap perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak dikenakan hukuman hadd dan kifarat sama ada perbuatan jenayah itu merupakan pencerobohan ke atas hak Allah seperti makan pada siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran.

Kesalahan-kesalahan Ta’zir

Ta’zir terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kesalahan yang termasuk dalam ketogori hudud tetapi hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat perlaksanaannya. Ibn Taimiyyah menyebut maksia-maksiat yang tidak dikenakan hukuman hadd yang tertentu dan tidak pula dikenakan kifarat adalah termasuk dalam ta’zir seprti orang yang mencium lelaki atau wanita ajnabi, bercumbu-cumbuan atau berkalwat, atau mecuri barang yang tidak diletakan ditempat yang wajar, atau barang yang dicuri tidak cukup nisab. Dan kesalahan-kesalahan yang selaian dari ketegori kesalahan hudud dan qisas meliputi semua bentuk kesalahan sama ada kesalahan itu disebut dalam al-Qur’an dan al-Hadis atau tidak. Ia juga merangkumi kesalahan terhadap hak Allah, hak manusia dan hak kedua-duanya.

Diantara kesalahan-kesalahan ta’zir ialah jenayah yang tidak boleh dikenakan hukuman Qisas, menyetubuhi isteri pada dubur atau pada masa haid, mengambil harta dengan kekerasan secara paksaan atau merampasanya. Jika seseorang berkata kepada seseorang yang lain: “ Wahai anjing, wahai babi, wahai keldai, wahai lembu” dia tidak dikenakan hukuman ta’zir menurut golongan Hanafi yang asal kerana ia tidak melemparkan tuduhan dengan perkara-perkara yang tidak mungkin wujud. Maka keaiban pembohongan itu akan kembali kepadanya. Manakala sebahagian yang lain daripada golongan Hanafi berkata “Orang yang berkata demikian dikenakan hukuman ta’zir mengikut uruf (dapat pemakaian) kita.”

Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir berasaskan tuntutan dimaki. Ia diperkuatkan lagi apabila golongan Syafie berkata : “Antara lafaz-lafaz yang boleh dikenakan hukuman ta’zir ialah perkataan seseorang kepada seseorang yang lain. “Wahai fasik, wahai kafir, wahai orang jahat, wahai celaka, wahai anjing, wahai keldai dan wahai orang yang melakukan perbuatan buruk dan wahai pengecut.”

Hukuman ta’zir ini dijalankan oleh pemerintah, orang yang dilantik oleh pemerintah atau pemangkunya. Ia dibuat dalam pukulan, tahanan atau penghinaan dengan perkataan dan sebagainya yang mengikut pandangan pemerintah dapat menakutkan seseorang dengan mengambil kira perbezaan kedudukan seseorang.


- Cara-cara Pembuktian Jenayah Ta’zir

Menurut ulama Hanafi boleh dibuktikan dengan pembuktian biasa mengenai semua hak menusia seperti pengakuan, penyaksian, keenganan bersumpah dan pengetahuan qadi. Dalam perbahasan kehakiman bahawa fatwa mengenainya ialah tidak harus bagi qadi menjatuhkan hukuman dengan berpandukan pengetahuan peribadi semata-mata pada zaman sekarang. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya tomahan dan mencegah salah guna kuasa para hakim yang tidak amanah pada masa kini.

Diriwayatkan daripada Abu Hanifah bahawa saksi wanita tidak diterima. Namun al-Kasani berkata: yang sahih ialah pendapat pertama: kerana ia adalah hak manusia tulin. Maka ia boleh dibuktikan dengan semua bukti yang boleh mensabitkan semua hak manusia.

- Cara-Cara Melaksanakan Hukuman Ta’zir Dan Bentuk Hukumannya

Cara menghukum orang yang melakukan kesalahan-kesalahan ta’zir mempunyai peringkat-peringkat tertentu untuk menghukum iaitu:
a)Nasihat, menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulanginya lagi pada masa akan dating.
b)Teguran, teguran rasmi yang biasa dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
c)Ancaman dan amaran; mengancam dan memberikan amaran kepada orang yang bersalah agar tidak mnegulangi kesalahanya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d)Pemulauan; hukuman pemulauana yang dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit jikalau ia berterusan atau mengulangi kesalahanya lantaran tidak dapat bermuamalat dan berintraksi dengan orang lain dalam masyarakat.

Adapaun mengenai bentuk hukuman bagi kesalahan ta’zir yang lain adalah sepertimana berikut:
a.Pengisytiharan Umun, Membuat pengisytiharan kepada masyarakat awam terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
b.Denda dan Pampasan Harta Benda, iaitu hukuman ta’zir dengan denda berbentuk kewanga dan menrampas harta yang dimiliki penjenayah oleh mahkamah.
c.Penjara, mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa dan kebijaksanaan mahkamah.
d.Sebat, mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan bilangan sebatan yang tertentu mengikut realiti semasa yang munasabah.
e.Bunuh, Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum dalam masyarakat dan ketenteraman Negara.
f.Buang daerah, Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan mangalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handal.

- Pemerintah yang melaksanakan Ta’zir

Perlaksanaan hukuman ta’zir sebagaimana juga dengan hukuman hudud adalah bergantung kepada pemerintah. Tiada seorang pun yang berhak bagi menjalankan ta’zir kecuali tiga orang iaitu bapa, tuan hamba dan suami. Seorang bapa berhak mengajar anaknya yang masih kecil dan mengenakan ta’zir supaya ia belajar dan berakhlak mulia serta mencegahnya daripada melakukan kejahatan. Menyuruhnya sembahyang dan memukulnya ketika menghukum. Kedudukan ibu pula sama seperti bapa semasa anak berada dalam jagaannya iaitu semasa penyusuaan dan asuhan. Bapa tidak berhak menta’zir anaknya yang telah mencapai akil walaupun ia seoarang yang bodoh.

Manakala tuan kepada hamba berhak menta’zir hambanya yang membuat kesalahan terhadap haknya dan hak Allah s.w.t.. Suami pula berhak menta’zir isterinya yang nusyuz dan cuai menunaikan hak Allah s.w.t. seperti mendirikan sembahyang dan berpuasa pada Ramadhan dengan mengenakan hukuman yang munasabah untuk memperbaiki akhlak isterinya. Semua ini adalah termasuk dalam mengingkari perkara-perkara mungkar dan suami adalah antara orang yang dipertangunggungjawabkan untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah yang mungkar.

- Syarat Wajib Ta’zir

Hanya satu syarat sahaja yang dikenakan bagi hukuman ta’zir iaitu seseorang yang melakukan jenayah yang tidak ditentukan kadar hukumannya oleh syarak. Oleh itu ta’zir dikenakan kepada setiap penjenayah yang berakal, sama ada lelaki atau pun perempuan, muslim atau kafir, baligh atau kanak-kanak yang berakal kerana mereka yang dewasa adalah layak menerima hukuman. Sementara kanak-kanak yang berakal dikenakan ta’zir sebagai pengajaran bukan sebagai hukuman.

Kaedah yang membolehkan hukuman ta’zir dikenakan kepada setiap orang yang melakukan kemungkaran atau menyakiti orang lain tanpa hak dengan perkataan, perbuatan atau isyarat, sama ada orang yang menjadi mangsanya itu seoarang muslim atau pun kafir.

- Perlaksanaan Hukuman Ta’zir

Hukuman ta’zir wajib dilaksanakan oleh hakim kerana hukuman ta’zir itu adalah hak pemerintah kerajaan dimana hakim adalah orang yang bertanggungjawab dari hak pemerintah atau kerajaan secara umum terhadap orang-orang yang ada didalam wilayahnya untuk menghukum mereka yang telah disabit kesalahannya dalam mahkamah. Pelaksanaan hukuman ta’zir yang menjadi tanggungjawab hakim, pihak pemerintah atau kerajaan harus juga melantik orang-orang yang khusus yang benar-benar amanah dan bertanggungjawab sebagai wakilnya untuk melaksanakan hukuman ta’zir itu.

Dalam qanun jenayah sar’iyyah, hukuman sebat yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah yang dikira bukan sebagai kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat lebih daripada sepuluh kali sebat. Hukuman ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah al-Ansari
Sabda Rasulullah s.a.w.

لايجتد فوق عشرجتدات الا في حد من حدود الله تعالى.
Maksudnya: “Jangan disebat lebih daripada sepuluh kali sebat, kecuali dalam kes hudud daripada hudud Allah s.w.t.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Sifat-sifat Ta’zir

Ada beberapa sifat bagi ta’zir iaitu pertama menurut ulama’ Maliki dan Hambali sekiranya pemerintah merasakan perlunya ta’zir dalam sesuatu hal sebagi hak yang wajib bagi Allah s.w.t.. Pemerintah tidak boleh mengabaikanya kerana ia merupakan pencegahan yang disyaratkan bagi hak Allah s.w.t.. Manakala menurut ulama Syafie hukuman ta’zir tidak merupakan sesuatu yang wajib. Oleh itu harus bagi pemerintah mengabaikannya apabila ia tidak berkaitan dengan hak individu manusia.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
اقيلو ذوي الهينات عثراتهم إلا في الحدود.
“Berilah kemaafan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan kecuali kesalahan hudud.”

Ta’zir dijalankan dengan pukulan yang lebih kuat kerana ia boleh diringankan dari segi bilangan sebatan. Sebaliknya ia tidak diringankan dari segi sifat atau cara penyebatan supaya tercapai tujuan daripada hukuman iaitu pencegahan. Kemudian kekuatanya diikuti oleh had zina, had minum arak kemudian had qadhaf.

- Kadar Ta’zir

Hukuman ta’zir adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan kadarnya oleh syarak (al-Qur’an dan Hadis), dimana hukuman ta’zir ini adalah tertakluk dibawah kuasa hakim secara mutlak mengenai jenis dan kadar hukuman yang akan dijatuhkan dan dikenakan keatas penjenayah-penjenayah-penjenayah itu.

Hukuman ta’zir dikenakan mengikut ijtihad hakim dengan mengambil kira kadar jenayah yang dilakukan dan martabat kedudukan penjenayah sama ada dengan herdik, tengking, penahanan, sebat, tampar atau bunah. Contohnya dalam kesalahan melakukan hubungan jenis bukan pada faraj atau buang daerah, memalukannya dengan kata-kata kesat dalam suatu majlis “ Wahai orang zalim, wahai penceroboh.” Adalah tidak mengapa menghitamkan muka pesalah dan memanggilnya dengan kesalahan yang ia lakukan dan diarak serta dipukul dan pesalah boleh disular. Tetapi tidak harus menahanya daripada makan dan berwuduk.


Haram dikenakan ta’zir ke atas pesalah dengan mencukur janggut, memotong anggota dan melukakanya. Begitu juga dengan mengambil harta dan membinasakanya menurut ulama Hambali. Hukuman ta’zir yang berat harus dikenakan ke atas orang perantaraan “Qawwadah” yang merosakkan wanita dan lelaki. Perkara itu patut diistiharkan dan dihebahkan kepada orang awam supaya maklumat ini ada dalam pengetahuan mereka.

Sekurang-kurangnya sebatan ta’zir ialah tiga kali. Ia boleh dikurangkan menurut keadaan individu. Kadar yang rendah bagi hukuman ta’zir tidak ditentu. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kadar yang paling tinggi hukuman ta’zir. Abu Hanifah, Muhamad bin Hassan, ulama Syafie dan Hambali bersepakat bahawa ta’zir tidak boleh melebihi hukuman hudud. Oleh itu, kemaksimunan sebatan ta’zir mesti dikurangkan satu sebatan daripada minimum hukuman hadd. Minimum Hukuman hudud bagi penjenayah yang merdeka menurut ulama Syafie ialah empat puluh sebatan iaitu bagi kesalahan meminum arak. Manakala dikalangan ulama yang lain pula, hukuman hudud yang minimum ialah hukuman yang diperuntukan kepada hamba iaitu empat kali sebatan. Ia merupakan had qazaf ke atas pesalah hamba.
Sabda Rasulullah s.a.w:
من باغ حدأ في غير حد فهو من المعتدين.
Maksudnya: “Sesiapa yang menjatuhkan hukuman yang melebihi hukuman hadd pada jenayah yang tidak dikenakan had maka ia adalah orang yang zalim.”

Ulama Maliki berpendapat bahawa pemerintah boleh mengenakan sebatan ta’zir sebanyak mana yang difikirkan perlu walaupun ia melebihi kadar maksimun bagi sesuatu hukuman hudud. Harus dikenakan hukuman ta’zir ke atas penjenayah sama seperti hukuman hudud, kurang atau lebih mengikut ijtihad pemerintah. Terdapat satu riwayat bahawa Ma’in bin Za’idah membuat mohor menyerupai ukiran mohor Baitulmal kemudian ia membawanya kepada petugas Baitulmal dan mengambil harta daripadanya. Perkara ini sampai kepada Saidina Umar r.a. lalu beliau memukul Ma’in sebanyak seratus kali sebatan dan menahannya. Ma’in membantahnya lalu Saidina Umar memukulnya seratus kali lagi. Tetapi Ma’in membantahnya lagi selepas itu, dan Saidina Umar memukulnya dan meletakanya dalam buangan. Sebenarnya Saidina Umat menyebat Ma’in atas beberapa jenayah iaitu memalsukan mohor Baitulmal, mengambil harta daripada Baitulmal dan membuat contoh penipuan kepada orang lain.

Pendapat Ulama Maliki ini diperkukuhkan lagi dengan adanya riwayat daripada Imam Ali k.w. yang menghukumkan orang yang didapati bersekedudukan bersama perempuan tanpa izin dengan sembilan puluh lapan kali sebatan.

- Hukuman Bunuh (Ta’zir secara siyasah)

Golongan Hanafi dan Maliki mengharuskan hukuman bunuh sebagai ta’zir secara siyasah dalam kes melakukan jenayah yang serupa berulang kali. Melakukan liwat atau membunuh dengan menggunakan benda yang berat. Mereka menamakan hukuman ini bunuh secara siyasah. Apabila hakim berpendapat ia boleh mendatangkan kemaslahatan dan jenis jenayah yang dilakukan itu boleh di kenakan hukuman bunuh. Kebanyakan golongan Hanafi memberi fatwa boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas golongan ahli dhimmah yang sering kali mencela dan mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: “Ia boleh dikenakan hukuman bunuh berpandukan siayasah.” Menurut ijmak ulama seperti kata kadi Iyad dalam buku af-Shifa’ tentang mewajibkan hukuman bunuh orang muslim yang mencaci Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah Taala: surah al-ahzab, ayat 57:
إن الذين يؤذون الله ورسوله, لعنهم الله في الدنيا والأخرة وأعدلهم عذابا مهينا.
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah s.w.t dan Rasul-Nya, Allah s.w.t. akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan Allah s.w.t. menyediakan baginya seksa yang menghinakan.”


Mereka juga berkata bahawa pemerintah boleh menghukum pencuri dengan hukuman bunuh berasaskan siyasah sekiranya pencuri itu berulang kali melakukan jenayah tersebut. Pemerintah boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang kerap kali menyebabkan berlaku kesesatan lalu lintas, kelam kabut dalam Bandar dan melakukan aktiviti yang merosakan bumi. Begitujuga dikenakan hukuman bunuh ke atas tukang sihir menurut kebanyakan ulama dan ke atas penganut zindiq yang menjalankan kegiatan menyeru orang kepada perkara-perkara zindiq apabila ia dapat ditangkap biarpun kemudiannya dia bertaubat.

Golongan Maliki, Hambali dan lain-lain mengharuskan pembunuhan pengintip yang beragama Islam sekiranya dia menajdi pegintip dan tali barut bagi kepentingan musuh umat Islam. Iman Abu Hanifah dan Syafie tidak mengharuskan pembunuhan itu. Satu golongan sahabat Syafie, Ahmad dan lain-lain mengharuskan pembunuhan penyeru kepada bid’ah yang bertentangan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Para Fuqaha bersependapat bahawa kafir harbi yang menjadi pengintip harus di bunuh. Jika kafir mu’ahad dan dhimmi yang menjadi pengintip, maka terbatalah perjanjiannya menurut Iman Malik dan al-Auza’i. Ini berlainan dengan pendapat golongan Syafie. Dalil yang menunjukan harus hukuman bunuh ke atas pengintip, sekiranya ia kafir musta’man atau dhimmi. Salmah bin al-Akwa berkata: “Seorang pengintip datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang di dalam musafir, lalu ia duduk bersama sahabat bercakap-cakap, kemudian dia segera berundur.

Sabda Rasulullah s.a.w:
اطلبوه فاقتلوه.
Maksudnya: “Tangkap dia dan bunuh”

Maka aku lebih mendahului mereka dan membunuhnya. Lalu Nabi Muhammad memberiku peninggalan pengintip itu kepadaku.

- Hukuman Buang Negeri

Penjenayah-penjenayah yang didapat kerap kali melakukan jenayah yang bukan kes hudud boleh dikenakan hukuman buang negeri yang tidak sampai satu tahun sebagai hukuman ta’zir. Tindakan yang dikenakan ke atas penjenayah yang selalu melakukan jenayah yang bukan kes hudud dengan hukuman buang negeri sebagai hukuman ta’zir ialah supaya perbuatan yang mereka lakukan itu tidak menjadi ikutan dan tidak merosakan orang lain. Hukuman buang negeri sebagai hukuman ta’zir yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang kerap kali melakukan jenayah yang bukan kes hudud adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a.:

أن النبى صلى عليه وسلم ضرب وغرب, وأن أبا بكر ضرب وغرب, وأن عمر ضرب وغرب.
Maksudnya: “Bahawa Nabi s.a.w. pernah memukul (mengenakan hukuman ta’zir dengan memukul penjenayah-penjenayah) dan membuang negeri (mereka yang selalu melakukan jenayah yang bukan kes hudud) Khalifah Abu Bakar dan Umar pernah juga menyebat dan membuang negeri mereka yang selalu melakukan jenayah yang bukan kes hudud (sebagai mana yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.)” (Riwayat tarmizi dan Hakim).

Hukuman sebat dan Buang negeri yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah yang selalu melakukan jenayah yang bukan dikira bukan kes hudud adalah hanya hukuman ta’zir sahaja untuk menghalang dan mencegah mereka dari mengulangi perbuatan jenayah yang mereka lakukan itu.

Kesimpulan

Secara kesimpulanya, dapatlah kami simpulkan disini bahwa ta’zir adalah berbeza dengan kesalahan hudud dan qisas. Walaupun pada hakikatnya hudud, ta’zir dan qisas adalah diperuntukan dalam qanun jenayah sayriah tetapi ketiga-tiganya mempunyai banyak perbezaan.

Hukuman ta’zir adalah amat baik untuk memberikan pengajaran dan tauladan kepada semua peringkat umur, bangsa, agama dan jantina. Maksudnya disini, orang kafir juga boleh dijatuhkankan hukaman ta’zir oleh hakim atau pemerintah. Walaubagaimanapun penjenayah yang tidak siuman atau tidak berakal tidak wajib dikenakan hukuman ta’zir kerana mereka melakukan kesalahan dalam keadaan tidak sedar.

Sepertimana yang kita ketahui hukuman ta’zir tidak ditentukan dan ditetapkan oleh Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam al-qur’an dan hadis. Oleh sebab itu kadar dan jenis hukuman ta’zir ditentukan oleh kebijaksaan hakim dan yang paling penting ia tidak melebihi hukuman hudud.

Dunia sekarang bukan sahaja dipenuhi dengan kesalahan hudud dan qisas tetapi juga dipenuhi dengan kesalahan-kesalahan kecil iaitu ta’zir. Jadi untuk mengelakkan pesalah-pesalah ta’zir terjerumus dalam kesalahan hudud dan qisas, maka adalah sesuai pesalah-pesalah ta’zir dikenakan hukuman ta’zir yang setimpal dengannya berdasarkan kepada kebijaksanaan hakim.


RUJUKAN


1)Fiqh dan Perundangan Islam, Wahbah al-Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Ketiga 200, Jilid 6.

2)Qanun Jenayah Syar’iyyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Qur’an dan Hadith, Haji Sa’id Haji Ibrahim, Darul Ma’rifah Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1996.


3)Fiqh Jenayah Islam, Abu Mazaya al-Hafiz & Abu Izzat al-Sahafi, Al-Hidayah Publishers, Cetakan Pertama 2004.

4)Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, Dr. Muhammad Firdaus Nurul Huda, Muhd. Ramzi Omar, Crescent News (KL) Sdn Bhd, Cetakan Pertama 2007.

Cemburu seorang wanita

Kecemburuan Siti Aisyah terhadap Khadijah adalah kerana Rasulullah selalu menyebut-nyebut nama Khadijah, terutama apabila Rasulullah berdepan dengan masalah berat dalam tugasnya sebagai seorang Rasul. Waktu Khadijah masih hidup, beliaulah yang biasanya membantu dan memberi jalan keluar kepada Rasulullah. Sedangkan bersama Siti Aisyah hal seperti itu belum beliau perolehi.
Akan tetapi, Rasulullah amat sayang kepada Siti Aisyah, Rasulullah merasakan apa yang dirasakan oleh isterinya itu. Namun ada saatnya Rasulullah tidak dapat menggalakkan daripada menyebut nama Khadijah, umpamanya beliau berkata: “Khadijah dahulu mewasiatkan begini atau begitu”. Apabila Rasulullah berkata begitu, Siti Aisyah akan marah dan berkata: “ Khadijah! Khadijah! Seolah-olah tidak ada perempuan lain didunia ini selain Khadijah!”. Katanya bersungut.
Apabila Siti Aisyah berkata demikian Rasulullah meninggalkannya untuk beberapa seketika bagi memberi pengajaran kepadanya.
Manakala terjadi hal yang demikian, Siti Aisyah pula mengadukan hal ini kepada ibunya. Kemudian ibunya membawa Siti Aisyah berjumpa Rasulullah dan berkata: “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya Aisyah masih muda. Engkaulah yang paling berhak mengajar dan memujuknya”.
Dengan perkataan ibu mertuanya itu, Rasulullah menoleh pada Siti Aishah dan berkata: “ Bukankah kamu yang mengatakan seolah-olah tidak ada seorang pun didunia ini selain dari Khadijah?”. Kata Rasulullah.
“Apakah masih diingat-ingat perempuan yang sudah tua itu, sedangkan Allah telah menggantikanya dengan yang lebih baik?”. Jawab Siti Aisyah.
Apabila Siti Aisyah berkata demikian, maka secara terus terang dan jelas Rasulullah berkata: “ Demi Allah, wahai Aisyah belum ada ganti yang lebih baik dari Khadijah. Dia telah beriman kepadaku ketika orang lain megingkariku. Dialah menyara hidupku ketika orang memulaukan aku. Dia memberiku zuriat yang tidak aku perolehi dari wanita lain”. Kata Rasulullah.
Apabila Rasulullah berkata demikian, Siti Aisyah diam tidak berkata lagi dia menyedari pengorbananya terhadap Rasulullah dan Islam belum seberapa berbanding Khadijah.
Selain daripada rasa cemburu kepada Khadijah, Siti Aisyah juga merasa cemburu terhadap isteri-isteri nabi yang duduk berhampiran dengannya. Rasa cemburu ini timbul kerana Rasulullah amat gemar kepada makanan yang bersih dan diatur rapi, dan keadaan seperti ini adalah menjadi amalan kepada isteri nabi yang lain.


Nilai baik dan nilai buruk

Nilai baik
1)Saling menasihati antara satu sama lain.
2)Adanya sifat yang berbudi bahasa dan kemesraan antara suami isteri.
3)Sebuah rumahtangga yang sentiasa harmoni dan tenteram.

Nilai buruk
1)Perasaan cemburu seorang isteri terhadap suaminya.
2)Suka mengadu hal rumahtangga sendiri kepada orang lain.

Pengajaran

Untuk melahirkan suasana yang harmoni dalam rumahtangga, kita haruslah sentiasa menghormati antara satu sama lain dan perlu memainkan peranan masing-masing.

RUJUKAN
Kisah Siti Aishah r.a. Isteri kesayangan nabi, Abu Ubaidillah bin Syariff, Jasmin Enterprise, cetakan pertama

Kisah pokok epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki gemar bermain disekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu menyukai budak tersebut.
Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu pada suatu hari dia datang pada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
Marilah bermain-main di sekitar ku “ajak pokok epal itu”. Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau “jawab remaja itu”. Aku mahukan permainan…Aku perlukan wang membelinya”. Tambah remaja itu dengan wajah yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata “Kalau begitu petiklah epal dariku, jualkan untuk mendapatkan wang. Dengan itu dapat membeli permainan kau”.
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik buah epal dipokok epal itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Suatu hari, budak itu remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain disekitar ku”. Ajak pokok epal itu. Aku tidak ada masa untuk bermain-main. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku inginkan rumah sebagai perlindungan keluargaku. Bolehkah menolong ku? Tanya budak itu. “Maafkan aku, aku tidak mempunyai rumah tetapi kau boleh memotong dahanku yang besar dan kau bolehlah buat rumah daripadanya”. Pokok epal itu memberi cadangan. Lalu budak itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak lelaki itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya budak lelaki yang selalu bermain dibawah pokok itu. Dia telah matang dan dewasa.
“Marilah bermain disekitar ku, “ajak pokok epal itu”. Maafkan aku, aku bukan lagi budak yang suka bermain disekitarmu, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau membantu aku?”. Tanya lelaki itu. Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau tetapi kau boleh memotong aku untuk dijadikan bot, cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa sangat gembira dan segera memotong pokok epal itu.
Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun suatu hari seorang lelaki yang telah dimamah usia datang menuju kearah pokok tersebut. Dia ialah budak lelaki yang selalu bermain disekitar pokok itu”. Maafkan aku, aku tidak mempunyai apa-apa lagi yang nak diberikan kepada kamu. Aku sudah memberikan buahku untuk dijual, dahanku untuk kau membuat rumah dan batangku untuk kau membuat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…..kata pokok itu dengan nada yang pilu.
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi dan aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku berasa penat dan ingin berehat jawab lelaki itu. “Jika begitu, berehatlah di perdu ku”. Cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu berehat diperdu pokok epal itu. Mereka menangis kegembiraan.

Nilai Baik


Lelaki itu sentiasa berusaha untuk mencapai cita-citanya dan dia juga mempunyai cita-cita yang besar. Pada mulanya dia amat menyanyangi tempat yang dia selalu bermain itu.

Nilai Buruk

Lelaki itu tidak menghargai jasa dan bantuan orang lain. Selain itu dia juga tidak mensyukuri nikmat yang diberi.

Pengajaran

Cerita ini ditulis untuk mengajak muda mudi masa kini untuk berfikir pengajaran cerita ini. Sebenarnya, pokok epal itu ialah kedua ibu bapa kita. Bila kita masih muda kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja kita perlukan bantuannya untuk terus hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan, apabila dalam kesusahan. Namun begitu mereka tetap menolong dan melakukan apa saja asalkan kita gembira dan bahagia dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir budak lelaki itu kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itulah hakikatnya. Kebanyakkannya anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya menghargainya semasa menyambut hari ibu atau hari bapa setiap tahun.

Kekejaman Firaun

Raja Firaun, ketika diberitahu oleh Asiah isterinya, tentang bayi laki-laki yang ditemuinya di dalam peti di atas permukaan sungai Nil. Firaun berkata kepada isterinya supaya membunuh bayi itu kerana khuatir bahawa bayi inilah yang diramalkan akan menjadi musuh dan penyebab kesedihan kami dan akan membinasakan kerajaan kami yang besar ini.
Akan tetapi isteri Firaun sudah terlanjur menaruh simpati dan sayang terhadap bayi itu. Lalu Asiah berkata kepada suaminya “Janganlah bayi yang tidak berdosa itu dibunuh, aku sayang kepadanya. “Hatiku sangat tertarik kepadanya dan ia akan menjadi kesayangannya. Demikianlah juga Allah mengkehendaki sesuatu, maka dilicinkanlah jalan untuk melaksanakan takdir itu. Dan selamatlah nyawa putera Yukabad yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi Rasulnya, menyampaikan amanat wahyu-Nya kepada hamba-hambanya yang sudah tersesat.


Nilai baik dan buruk

Nilai baik
1.Sifat simpati yang mesti ada dalam diri setiap manusia seperti Asiah iaitu isteri Firaun.
2.Memupuk sifat seseorang walaupun tidak dikenali asal-usulnya.
3.Sifat bertimbang rasa kepada seseorang walaupun berbeza agama, kedudukan dan pangkat.

Nilai buruk
1.Sikap zalim terhadap manusia terutamanya kepada bayi seperti Firaun.
2.Jangan bermegah-megah dengan pangkat, kedudukan dan kekayaan.
3.Keras hati dan tidak dapat menerima kebenaran agama Islam.

Pengajaran

Pengajaran yang dapat di ambil dari cerita ini ialah kita mestilah ada perasaan simpati terhadap semua golongan manusia tidak kira tua mahupun muda. Kita juga mestilah memupuk kasih sayang dan perasaan bertimbang rasa sesama manusia. Ini kerana fitrah manusia saling bergantungan antara satu sama lain. Manusia juga mestilah bersyukur terhadap segala apa yang dikurniakan oleh Allah. Walaupun kita mempunyai kedudukan dan kekayaan namun kita janganlah bermegah-megah di atas segala nikmat itu. Dengan cara ini, manusia akan dilaknati dan dibenci oleh Allah.

RUJUKAN
Sejarah hidup nabi-nabi , H.Salim Bahreisy,Cetakan 1980,Penerbitan pt. Bina ilmu,

Tentang Habil Dan Qabil

Qabil: ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah, sedang korbanku ditolak, yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu.

Habil: adakah berdosa aku, bahawa Allah telah menerima korban ku dan menolak korbanmu? Tidakkah engkau telah menyetujui cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagai mana telah kami laksanakan?. Janganlah tergesa-gesa, wahai saudaraku, menurut hawa nafsu dan hasutan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak-masak akan akibat perbuatanmu kelak. Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertaqwa dan yang menyerahkan korbanya dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adalah mungkin sekali bahawa korban yang engkau serahkan itu, engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikannya secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolaknya oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban, yang segaja dan paling ku cintai, dan ku serahkan dengan tulus ikhlas disertai memohon supaya diterima oleh Allah. Renungkanlah, wahai saudaraku , kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga, dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuh ku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu, kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya. Aku hanya akan berserah diri kepadanya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku.

- Nilai baik dan buruk
Nilai baik
1.Mempunyai perasaan tolak ansur antara satu sama lain.
2.Patuh kepada arahan dan perintah.
3.Berhati mulia dan baik.
4.Berusaha dan berserah diri serta bertawakal.
5.Bertimbang rasa.

Nilai buruk
1.Perasaan hasad dengki.
2.Ingin kesenangan dan kemewahan.
3.Berfikiran cetek.
4.Tidak ikhlas melakukan kerja

- Pengajaran

1)Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat-sifat riak, takabbur atau ingin dipuji.
2)Barang atau binatang yang dikorbankan haruslah yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan hasil yang halal.
3)Jika korban itu berupa binatang sembelihan, haruslah yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar, baik dan belum rosak dan busuk.
4)Penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana yang diajarlah oleh Allah kepada Qabil. Itulah cara yang paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah diatas makhluk-makhluk yang lain.

RUJUKAN
Kisah-kisah para nabi dan rasul, Abdullah bin Ahmad Mubarak, Al-hidayah, cetakan kelima 2003

Rabu, 18 Ogos 2010

SUSUAN DAN KONSEPNYA

PENDAHULUAN

Penyusuan merupakan suatu amaln masyarakat sebelum dan selepas kedatangan Islam.Penyusuan merupakan perbuatan menghisap tetek dan meminum susunya. Ia pula telah ditetapkan oleh syarak dengan perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan ataau susu yang masuk ke dalam perut yang boleh memberi kesan kepada otak kanak-kanak.Islam tidak mengharamkan amalan penyusuan tersebut malah memperakuinya kerana melalui penyusuan susu ibu dapat menghalang bayi atau kanak-kanak daripada penyakit kerana susu ibu mempunyai antibodi yang kuat untuk menghalang penyakit. Hukum bagi penyusuan adalah harus. Agama Islam menggalakkan penyusuan tetapi tidak mewajibkan ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak mereka mahupun anak-anak orang lain yang menjadi susuannya. Hal ini kerana penyusuan boleh diamalkan sekiranya ibu susuan itu sihat, jika sebaliknya maka tidak dapatlah dia menyusukan anak tersebut. Bagi perempuan yang ingin menyusukan anaknya hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.Begitu juga dengan pengharaman disebabkan susuan. Terdapat syarat-syarat yang menjadikan anak susuan sebagai mahram.
PENYUSUAN

Takrif Penyusuan

Penyusuan daripada segi bahasa ialah nama perbuatan menghisap tetek dan meminum susunya.

Penyusuan daripada segi istilah syarak pula ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut atau mengesani otak seseorang kanak-kanak.

Dalil Disyariatkan Penyusuan

Daripada segi syarak, hokum seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus.Ini kerana ia telah diamalkan sebelum dan selepas kedatangan Islam.Islam memperakuinya dan tidak mengharamkannya. Ini kerana dalam sesetengah keadaan ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi etrsebut meninggal dunia ataupun ibu tersebut menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anak. Keadaan ini memerlukan wanita lain menyusukan anak. Keadan ini memerlukan wanita lain menyusukan anaknya bagi meneruskan survival anak tersbut.

Dalil Harusnya Penyusuan

Dalil harusnya penyusuan ialah firman Allah s.w.t.:
وإن تعا سرتم فسترضع له أجري (6)
Maksudnya:
Dan sebaliknya jika kamu (daripada kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.


Susuan Dan Konsepnya

عن إبن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم أريد على إبن حمزة فقال: أيها لا تحل لى أنها إبنة أخى من الرضاعة ما يحرم من الرحيم.
Maksudanya:
Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya nabi s.a.w. hendak dijodohkan dengan puteri Hamzah. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia tidak halal bagiku. Sesungguhnya dia adalah saudara susuanku. Pengharaman tersebut sama seperti nasab keturunan.

Sebab Keturunan

Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ali bin Abi Talib, katanya: beliau pernah bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, kenapa engkau tidak mengahwini puteri bapa saudara kamu? Ia merupakan wanita tercantik dari kalangan gadis quraisy. Baginda bersabda sebagaimana aku maklumi dan aku ketahui sesungguhnya Hamzah itu adalah saudara susuanku.

Manakala hadis yang diriwayatkan oleh ahmad, abu Daud, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Ali berkata: tatkala kami meninggalkan Makkah selepas mengerjakan umrah, kami diikuti oleh puteri Hamzah yang memanggil: wahai pak cik! Pak cik! Lalu aku membawanya kepada Fatimah, lalu aku berkata: ambillah puteri pak cikmu ini. Setelah kami tiba di Madinah aku (Ali), Jaafar dan Zayd bin Harithah berselisih untuk menjaganya. Jaafar berkata: (aku lebih berhak menjaganya) dia adalah puteri pak cik ku dan mak ciknya ada bersama denganku iaitu Asma’ binti Umais. Zayd pula berkata: ia puteri saudaraku. Ali pula berkata: aku yang mengambilnya dan ia juga puteri pak cikku. Rasulullah menyelesaikan pertikaian kami dengan sabdanya: adapun engkau wahai Jaafar sifat dan fizikal engkau menyamai sifat dan fizikalku. Engkau pula wahai Zayd sebagaimana diriku (pembantuku) dan aku sebahagian darimu dan saudara kami milik kami. Puteri ini kedudukan penjagaan dibawah mak ciknya kerana kedudukan mak cik seperti ibu. Ali berkata: wahai Rasulullah, kenapa engkau tidak mengahwini saha dia? Sebagaimana hadis tersebut.

Huraian Ringkas

Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi pernah dipelawa mengahwini anak perempuan Hamzah bin Abdul Muttalib, namun Baginda menjelaskan bahawa puteri hamzah haram untuk dikahwininya. Kerana gadis itu adalah mahramnya, ia adalah pula anak kepada saudara Hamzah yang merupakan saudara susuannya. Oleh itu, anak perempuan Hamzah dikira sebagai anak susuan Baginda. Ia haram dikahwini sebagaimana haram mengahwini anak saudara disebabkan hubungan nasab atau hubungan keturunan.


Konsep Susuan

Islam telah menetapkan jumlah susuan dan jumlah hisapan tertentu yang menyebabkan jadi mahram. Ia sebanyak lima kali susuan atau hisapan yang mengenyangkan. Jumlah penyusuan dan hisapan yang kurang daripada itu tidak diharamkan. Sebagaimana dijelaskan dalam hadis daripada Aisyah, Nabi bersabda: sekali hisapan (susuan) dan dua kali hisapan itu tidak menjadi mahram.

Konsep susuan yang tidak menepati syarat yang telah ditetapkan oleh syarak tidak mengharamkan. Dalam hadis ini menerangkan dimana sekali susuan itu, iaitu apabila bayi menyusu kemudian dia melepaskan hisapan dengan kehendak dia sendiri ini dikira sekali susuan.

Syarat Menjadi Anak Susuan Dan Mahram

Penyusuan yang diharamkan atau dikira menjadi mahram ialah dengan mempunyai beberapa syarat dan rukun:-
I. Penyusuan.
Mengenai dengan orang yang menyusukan anak ada tiga syarat iaitu pertama penyusu mestilah seorang wanita. Iaitu susu binatang dan susu lelaki tidak menjadi hubungan mahram. Manakala yang kedua pula, wanita yang masih hidup. Sekiranya anak kecil menyusu kepada wanita yang telah mati atau diperah susu daripada wanita yang telah mati itu, maka tidak menjadi hubungan mahram. Menurut pendapat Iman Syafie dan pendapat yang sah, susu wanita yang diperah sewaktu dia masih hidup, kemudian diberi kepada anak selepas wanita itu mati maka ia dikira menjadi mahram. Dan syarat yang ketiga ialah penyusu adalah seorang wanita yang berkemungkinan dapat melahirkan anak. Sekiranya penyusu seorang wanita yang berusia kurang daripada 9 tahun maka susunya tidak menyebabkan haram. Namun begitu, sekiranya wanita tersebut berusia 9 tahun, penyusuanya itu menyebabkan haram sekalipun ia belum baligh. Ini berkemungkinan baligh atau mencapai usia baligh sudah ada dan berlaku.

II. Air susu.
Susu yang diberikan kepada anak tersebut tidak semestinya kekal dalam keadaan asal sebagaiman ketika ia diambil atau diperah daripada tetek ibu. Ia tetap dikira susu dan menyusu walaupun air susu tersebut berubah atau berubah menjadi keju atau mentega, susu masam atau yogurt dan seumpamanya. Kepentinganya sebagai minuman atau makanan yang masuk kedalam rongga serta perut anak tersebut dan mengeyangkan ia dikira mengharamkan.
Sekirangnya susu tersebut dicampur atau bercampur dengan benda lain seperti air atau roti. Ia hendaklah dinilai kandunganya, sekiranya susu ibu lebih banyak berbanding benda lain, ia dikira haram.

III. Tempat susuan.
Yang dimaksudkan dengan tempat susuan ialah perut bayi yang masih hidup. Iaitu air susu tersebut masuk kedalam rongga dan perut besar bayi. Sama ada dengan cara hisapan dengan mulutnya sendiri pada tetek atau dituangkan kedalam mulutnya atau diperahkan, kemudian dituangkan ke dalam mulutnya atau melalui rongga hidungnya dan lain yang seumpamanya. Jia bayi tersebut minum atau disusukan kemudian ia muntah waktu itu juga maka ia dikira tidak haram.

IV. Anak yang disusukan semasa hidup.
Tidak ada kesan sekiranya yang disusui itu adalah anak yang telah mati.

V. Usia anak dan tempoh penyusuan.
Ulama’ berpendapat apabila seorang wanita menyusukan seorang anak dengan susunya maka anak yang disusuinya itu dikira sah menjadi anak susuanya dengan dua syarat. Pertama anak yang disusui berusia kurang dari dua tahun. Sekirangnya anak itu berusia dua tahun lebih maka penyusuan itu tidak ada apa-apa kesan pada mahram. Perkiraan dua tahun itu adalah menurut kiraan bulan hijrah.
Syarat yang kedua pula mestilah penyusuan anak tersebut sekurang-kurangnya lima kali yang mengenyangkan dan secara berpisah-pisah.

Kesan Penyusuan

Berkaitan kesan yang lahir atau terbentuk akibat penyusuan ialah :
i. Menjadi mahram seperti mahram nasab.
ii. Pengharaman sebab susuan ada tujuh iaitu:
a. Ibu saudara susuan
b. Saudara perempuan susuan (adik beradik susuan).
c. Anak perempuan susuan.
d. Emak saudara susuan sebelah ibu.
e. Anak perempuan daripada saudara lelaki (anak saudara susuan kepada adik beradik lelaki).
f. Anak perempuan daripada saudara perempuan (anak saudara susuan kepada adik beradik perempuan.)

Hak Penyusuan

Penyusuan merupakan hak anak, yang juga merupakan salah satu daripada hak hadhanah atau penjagaan terhadapnya jika berlaku perceraian antara ibu bapa. Selain itu penyusuan menjadi tanggungjawab ibu dan bapa menunaikannya sehingga masa tertentu.

Ulama’ berselisih pendapat tentang tanggungjawab dan kewajipan menyusukan anak iaitu:
i. Menurut ulama’ Syafie, tanggungjawab menguruskan penyusuan dan menyusukan anak adalah tanggungjawab bapa atau suami. Ia, merupakan salah satu daripada nafkah yang wajib terhadap dirinya untuk anaknya. Namun begitu, menurut ulama’ Syafie, ibu wajib memberikan susuan pertama atau hisapan pertama yang berlangsung sekitar tiga hingga tujuh hari. Susu pekat berwarna kuning yang terkeluar daripada tetek ibu sepanjang tempoh tersebut dikenali sebagai laba’. Telah disahkan oleh doktor bahawa susu yang keluar untuk tempoh itu amat penting untuk kesihatan dan ketahanan dan antibodi anak. Antara lain ia kaya dengan khasiat dan zat lain yang khusus untuk anak yang baru lahir.
Selepas susuan pertama itu ibu tidak wajib dan ia tidak boleh dipaksa untuk menyusukan anaknya khasnya ibu yang tidak sihat dan sibuk berkerja diluar. Namun Islam menggalakkan ibu menyusukan sendiri anaknya.

ii. Menurut sebahagian ulama’ Maliki, tanggungjawab menyusukan anak adalah menjadi tanggungjawab ibu. Iaitu dengan syarat ibu itu sihat dan tiada halangan dan masalah yang menyebabkan ia tidak boleh menyusu dan ia pula tidak daripada kalangan orang yang senang. Iaitu tidak mampu untuk mengupah orang lain untuk menyusukan anaknya.
Seandainya ibu itu sakit dan dia tidak mampu menyusukan anaknya, waktu itu kewajipan tersebut berpidah kepada suaminya agar ia berusaha supaya dapat mencari ibu susu atau mengupah orang lain menyusukan anaknya.

iii. Menurut ulama’ Hanafi, kewajipan ibu atau tanggungjawab penyususuan terhadap ibu sekiranya ia tidak dapat mengusahakan orang lain untuk menyusukan anaknya. Iaitu anaknya tidak sesuai dengan susu orang lain atau susu lain atau tidak ada ibu susuan serta kesulitan orang lain.

Upan Menyusukan

Sudah menjadi adat dimana ibu menyusukan anak-anak, kecuali segelintir ibu yang tidak sihat atau sibuk bekerja diluar. Menyusukan anak adalah suatu fitrah yang dikurniakan oleh Allah terhadap ibu dengan rasa ikhlas mereka menerima tanggungjawab tersebut selama dua tahun.

Konteks upah menyusukan anak ditanggung oleh bapa atau suami. Menyusu itu adalah hak anak sama ada ia mempunyai bapa atau bapanya meninggal dunia ketika ia masih bayi. Begitujuga isteri atau ibu hendaklah menyusukan anaknya sama ada ia bersuami, atau kematian suami atau diceraikan oleh suaminya. Sekiranya ibu yang diceraikan oleh suaminya menyusukan anak, suami hendaklah membayar upah kepada isterinya yang merupakakan tanggungjawabnya menyara nafkah anak tersebut.

Sebagai rumusan berkaitan penyususuan dan upah menyusukan secara ringkasnya ialah:
a. Penyusuan dan tempoh menyusu paling lama selama dua tahun menurut kiraan tahun hijrah.
b. Jika ibu berpisah atau diceraikan oleh suami, ia boleh menyusukan anaknya dengan dibayar upah atau diupah orang lain untuk menyusukan anak tersebut.
c. Ketika dalam tempoh menyusu saran dan nafkah untuk anak dan ibu atau ibu susuan adalah menjadi tanggungjawab suami.
d. Sekiranya bapa atau suami kepada anak yang disusui meninggal dunia maka upah menyusu ditanggung oleh waris.
e. Sekiranya berlaku perceraian antara pasangan dan ibu kepada anak menyusukan anaknya sendiri. Maka ia mestilah diberi upah yang setimpal oleh bekas suaminya atau pihak waris. Bagi perempuan yang menyusukan anaknya sendiri tidak boleh meminta upah yang berlebihan dan terlalu tinggi sebagai upah menyusu daripada bekas suaminya atau pihak waris suaminya.
f. Melalui persetujuan ibu susu atau ibu dan bapa, anak boleh dihentikan daripada penyusuan walaupun belum cukup tempoh dua tahun.
g. Sekiranya ibu tidak dapat menyusukan anaknya sendiri disebabkan ada halangan atau bapa tidak mahu ibu sendiri menyusukan anaknya. Ayah atau suami boleh mencari ibu lain menyusukan anaknya dengan bayaran menurut persetujuan.

Kepentingan Susu Ibu

Susu ibu mempunyai kaitan dengan pembentukan akhlak, pemdidikan serta kemesraan dan kasih sayang seorang ibu dengan anak-anak mereka. Antara kepentingan susu ibu dalam pembentukan serta pertumbuhan rohani dan jasmani anak-anak ialah:
1. Susu ibu adalah makanan yang lengkap serta sempurna untuk rohani dan jasmani anak-anak antaranya ialah lahir kasih sayang antara anak dan ibu.
2. Susu ibu amat diperlukan oleh bayi bagi tujuan pembesaran. Ini kerana susu ibu mengandungi protein dan kolestrol. Yang mana dalam kolestrol itu mengandungi air, lemak, zat dan vitamin yang lengkap.
3. Penyusuan anak-anak dengan susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk anak-anak. Hal ini telah disepakati oleh agama dan doktor. Bagi ibu yang tidak menyusukan anak-anaknya akan menimbulkan kesan sampingan sama ada terhadap anak-anak dan kesihatan ibu itu sendiri. Contohnya ibu tersebut mudah terdedah kepada barah payu dara dan anak-anak pula kurang antibodi dan alahan.
4. Mudah untuk disediakan dimana ia dapat disediakan pada bila-bila masa tanpa perlu alat-alat tampahan dan paling ringkas menjimatkan.

Hukum Penyusuan

Antara hukum yang diistimbatkan ialah:
i. Ibu hanya dibenarkan menyusukan anak-anak dalam tempoh dua tahun sahaja.
ii. Batasan dan pengharaman yang berlaku terhadap ibu bapa dan adik beradik sebenar sama dengan pengharaman terhadap anak-anak dan adik beradik susuan.
iii. Seseorang yang berkahwin dengan saudara susuannya yang tidak wajib diketahui, namun setelah mereka mengetahui hakikat tersebut wajib berpisah.
iv. Perempuan tidak boleh dituduh sebagai penzina atau dikenakan hudud kiranya ia melahirkan anak berusia enam bulan.
v. Imam Abu Hanifah berpendapat tempoh paling lama harus menyusu selama 30 bulan.Iaitu denagn mengambil kira semasa dalam kandungan., iaitu sekurang-kurangnya tempoh mengandung selama enam bulan dan selepas melahirkan selama 24 bulan.

Pengajaran Hadis

Antara pengajaran hadis ialah:
i. Tempoh mengandung anak yang paling pendek ialah selama enam bulan .
ii. Susu ibu penting terhadap kesihatan dan rohani anak-anak.
iii. Ganjaran pahal yang besar disediakan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka, khasnya susuan pertama dan mula-mula bayi dilahirkan.
iv. Susuan pertama yang keluar sekitar 3 hingga 7 hari disahkan oleh doctor adalah penuh dengan antibodi dan protein dan khasiat lain yang dikhaskan untuk bayi tersebut.
v. Ibu yang menyusukan anaknya merupakan ibu yang sebenar dan bertanggungjawab penuh terhadap anak-anak mereka yang diibaratkan sebagai pejuang.
vi. Susu ibu merupakan susu penuh khasiat untuk pertumbuhan dan psikologi anak-anak mereka. Khasnya susu ibu itu dapat menyelamatkan alahan, sakit perut, gangguan sakit perut, ketidakhadaman makanan serta cirit-birit.
vii. Menyusukan anak menyebabkan ibu kembali kepada kesihatan dan elok perjalanan darah serta menyegerakan pengucupan rahim.

PENUTUP

Amalan penyusuan oleh ibu-ibu terhadap bayi mereka mahupun bayi orang lain adalah dibenarkan mengikut syarak. Namun, penyusuan adalah hak yang perlu diberikan kepada ibu sekiranya dia meminta. Ia bukanlah suatu kewajibannya. Dia tidak diwajibkan sekiranya dia tidak mahu melakuannya melainkan ketika tiada pilihan lain dan hanya dia sahaja yang boleh menyusukan. Ketika itu, penyusuan adalah kewajibannya disebabkan faktor dharurah. Oleh itu suami tidak dibenarkan memaksa isterinya menyusukan anak mereka.Jika suami memaksa isteri melakukannya sedangkan dia enggan, dia tidak dianggap mengingkari dan menderhakai suaminya kecuali jika tidak ada seorang wanita pun yang sesuai untuk menyusukan anak mereka selain isterinya.

Keadaan ini membolehkan suami memaksa isterinya demi menjaga kehidupan anaknya itu. Penyusuan memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan iaitu anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susunya. Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada ibu susunya. Konsep susuan pula ialah syarat telah menetapkan jumlah susuan dan hisapan tertentu yang menyebabkan menjadi mahram iaitu lima kali susuan yang mengenyangkan. Secara kesimpulannya, amalan penyusuan ibu terhadap bayi mereka adalah amat digalakkan sebagaimana yang dinasihatkan doktor kepada ibu yang melahirkan anak. Hal ini kerana susu ibu merupakan makanan yang lengkap yang dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Selain itu, susu ibu diperlukan oleh bayi bagi tujuan tumbesaran dan dapat menghalang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi.



RUJUKAN

1) Sheikh Abdullah Basmeih , Mushaf Malaysia Rasm Uthmani, Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran (30 juzu’), Dar A-Kitab, Malaysia cetakan ke 12, 2001.

2) Ustaz Abdul Latif Bin Muda, Huraian Hadis-hadis Hukum, Pustaka Salam Sdn. Bhd., 2001.


3) Terjemahan Shahih Muslim, Kh. Adib Bisri Musthofa, Victory Agencie, Jilid 2, Cetakan Pertama 1999.

Selasa, 8 Jun 2010

Amalan Ayat & Surah Serta Kebaikannya

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat berkat

Rabu, 26 Mei 2010

AYAT SURAH AS-SYAMS (1-15)

PENDAHULUAN
Surah ini adalah surah makkiyah yang mengandungi 15 ayat. Surah ini dinamakan al-syams (matahari) kerana pada permulaan surah ini Allah s.w.t. bersumpah dengan matahari yang terang lagi menyinari seluruh ufuk dikala siang. Surah ini berkisar sekitar dua perbahasan utama iaitu: Allah bersumpah dengan ciptaan alam ini yang hebat samaada dialam maya ataupun bumi, dan perantaraan untuk memikirkan kehebatan ini adalah jiwa manusia itu sendiri. Manusia memainkan peranan penting dalam membersihkan jiwa dan membiasakan dengan akhlak mulia supaya ia berjaya dan terselamat. Sekiranya manusia cuai dan membiarkan jiwanya mengikuti nafsunya maka ia akan rugi. Yang keduanya ialah Allah s.w.t. menampilkan contoh dalam hal ini dengan kaum thamud, iaitu kaum yang membiarkan jiwa mereka kotor.
Mereka cuai mengasuhnya (jiwa mereka). Mereka menurut kemahuan nafsu yang bermaharajalela. Akibatnya mereka ditimpa oleh hukuman-hukuman Allah yang keras dan Allah membinasakan mereka didunia ini lagi.

AYAT SURAH AS-SYAMS

والشمس وضحها(1) والقمر أذا تلها(2) والنهار أذا جلها(3) واليل أذا يغشها(4) والسماء وما بنها(5) والأرض وما طحها(6) ونفس وما سوها(7) فالهمها فجورها وتقوها(8) قد افلح من زكها(9) وقد خاب من دسها(10) كذبت ثمود بطغوها(11) أذا نبعث أشقها(12) فقال لهم رسول الله ناقة الله وسقيها(13) فكذبوه فعقروها فد مدم عليهم ربهم بذنبهم فسوها(14) ولا يخاف عقبها(15)
“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari(1) dan bulan apabila mengiringinya(2) dan siang apabila menampakkanya(3) dan malam apabila menutupinya(4) dan langit serta pembinaanya(5) dan bumi serta pemhamparannya(6) dan jiwa serta penyempurnaanya(7) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaannya(8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mrnyucikan jiwa(9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya(10) thamud telah mendustakan kerana mereka melampaui batas (11) ketika bangkit orang yang paling celaka diantara mereka(12) lalu Rasulullah berkata kepada mereka, “ (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya.”(13) lalu mereka medustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan telah membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka(14) dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-nya itu.,(15)
HURAIAN AYAT 1-10 SURAH AL-SYAMS
Ayat pertama dan kedua: dengan matahari dan bulan melalui firma-Nya (bermaksud) “ Demi matahari dan sinar cahayanya dipagi hari, demi purnama apabila mengiringinya.” (al-syams, 91: 1-2).
Allah s.w.t. bersumpah dengan matahari yang terang benderang cahayanya samaada ia terbenam atau terbit. Ini kerana matahari adalah ciptaan Allah yang hebat. Dia bersumpah dengan cahaya matahari diwaktu dhuha iaitu waktu pagi tatkala sinar matahari mula panas terik dan sempurna cahayanya, ini kerana diwaktu inilah bermulanya segala kegiatan kehidupan.
Allah s.w.t. juga bersumpah dengan bulan yang bercahaya apabila ia mengiringi matahari tatkala terbenam terutama di malam-malam al- Baidh iaitu malam tiga belas hingga enam belas apabila bulan penuh purnama sehingga fajar. Allah bersumpah dengan cahaya bulan seluruh waktu malam.
Ayat ke tiga dan keempat: Allah s.w.t. bersumpah demi siang dan malam melalui firma-Nya( bermaksud): “Demi siang apabila (semakin) terselah cerah, demi malam apabila menengelamkan cahayanya.” (al-syams, 91:3- 4).
Allah s.w.t. bersumpah dengan siang apabila terang cahaya matahari dan menampakkan segala-galanya, siang hari dianggap sempurna apabila jelas kelihatan matahari. Allah seterusnya bersumpah dengan malam apabila matahari diliputi dan dibaluti cahayanya dengan kegelapan, maka hilanglah sinar dan terbenamlah matahari. Apabila ini berlaku gelaplah separuh bumi dan matahari terbit diseparuh yang lain. Pertukaran dan perubahan ini merupalan satu penafian terhadap golongan musyrikin yang mempertuhankan bintang-bintang, dan golongan menyembah berhala yang menyatakan sesungguhnya bagi alam ini ada dua tuhan, iaitu tuhan cahaya dan kegelapan, kerana tuhan sebenarnya tidak akan hilang dan tidak akan bertukar keadaannya.
Ayat kelima dan keenam: selepas ujian mengenai kehebatan kejadian alam, Allah menyebut pula sifat alam yang baru (huduth) melalui firman-Nya: “ Demi langit serta pembinaanya, demi bumi serta penghamparannya.” (al-syams, 91:5 –6).
Allah s.w.t. bersumpah demi langit dan bumi sebagaimana maksud ayat yang tersebut di atas, iaitu Allah s.w.t. bersumpah dengan langit dan pembinaannya dari bintang-bintang, seolah-olah setiap bintang itu merupakan binaan yang menutupi atap langit, atau seperti kubah yang meliputi bumi dan segala isinya.Allah juga bersumpah dengan bumi, iaitu planet yang permukaannya yang terbentang luas dan sesuai untuk di diami manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan.” (al-nazi’at,79:30) iaitu Allah menjadikan muka bumi terbentang lapang, kemudian manusia mengambil manfaat dari permukaan bumi melalui tumbuh-tumbuhan serta dari perut bumi melalui segala bahan galian dan kekayaanya. Ayat yang serupa dengan ayat ini ialah firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap.” (al-Baqarah,2:22)
Ketujuh: Apabila Allah s.w.t. mengakhiri sumpahnya dengan jiwa (diri) manusia yang mana Allah menjadikan segala isi bumi ini adalah kerananya. Segala kejadian ini adalah untuk manfaat kepada manusia dan sebagai wasilah kearah ketinggian dan kemajuan hidup. Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaan”. (al-syams 91:7-8)
Allah mengajar dan memberi panduan kepada manusia tentang cara melalui jalan kebaikan dan menghindari jalan kejahatan. Seterusnya Allah berfirman lagi dengan firmannya yang bermaksud : “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”. (al-syams 91:9-10)[1]
HURAIAN AYAT 11 – 15
Kisah kaum Thamud dengan nabi Soleh a.s. telah diterangkan di beberapa tempat dalam al-Qur’an dan paling dekat ialah dalam surah al-Fijr dalam juzu’ Amma. Allah menerangkan bahawa kaum Thamud telah mendustakan rasulnya dengan sebab perangai mereka yang kejam dan melampau. Sifat keterlaluan inilah yang menyebabkan mereka mendustai nabi mereka. Ini dapat dilihat dalam tindakan seorang yang paling jahat dari kalangan mereka, dialah yang menyembelih unta mukjizat. Dialah yang paling celaka dan paling malang kerana dosa yang besar yang dilakukannya.
Nabi Soleh telah memberi amaran kepada mereka sebelum mereka melakukan kekejaman itu. Nabi Soleh juga mengingatkan mereka supaya jangan menyentuh unta Allah atau merampas air yang telah ditentukan oleh Allah untuk unta itu sehari dan untuk mereka sehari sebagaimana yang telah disyaratkan ke atas mereka apabila mereka menuntut bukti dari Allah, dan Allah telah menjadikan unta itu sebagai mukjizat. Tetapi kaum Thamud tidak percaya kepada amaran nabi Soleh. Tindakan menyembelih unta itu telah dilakukan oleh seorang yang paling jahat daripada kalangan mereka, tetapi seluruh mereka bertanggungjawab atas tindakan itu. Ini merupakan salah satu dasar-dasar pokok Islam mengenai konsep tanggungjawab sosial dalam kehidupan manusia. Dasar ini tidak bercanggah dengan dasar tanggungjawab individu mengenai balasan Akhirat, dimana tidak ada orang yang memikul dosa orang lain. Menurut dasar ini adalah berdosa meninggalkan kerjasama, nasihat-menasihati, Bantu-membantu, dan mencegah mereka yang hendak melakukan yang kejam dan jahat.[2]
KISAH KAUM THAMUD
Kaum Thamud merupakan satu bangsa yang terkenal dalam sejarah. Nama Thamud dinisbahkan kepada nenek moyang mereka yang memang bernama Thamud. Dia adalah anak saudara Judais. Kedua-duanya adalah anak Athir bin Iram bin Saam bin Nuh a.s.mereke tergolong dalam bangsa Arab, etnik Aribah. Mereka tinggal di Hajar, sebuah wilayah yang terletak antara Hijaz dan Tabuk. Rasulullah s.a.w. pernah melalui tempat itu ketika berangkat ke Tabuk bersama kaum, muslimin. Kaum Thamud dikenali sebagai kaum penyembahan berhala. Zaman mereka selepas kaum Aad.
Untuk membawa mereka ke jalan yang lurus Allah s.w.t. telah mengutuskan seorang lelaki dari kalangan mereka sendiri. Beliau bernama Soleh bin Ubaid bin Maseh bin Ubaid bin Hadir bin Thamud bin Athir bin Iram bin Saam bin Nuh a.s. Beliau adalah hamba Allah s.w.t. dan rasul-Nya. Kedatangan beliau dengan memikul tanggungjawab dan tugas untuk menyeru mereka agar menyembah Allah s.w.t. sahaja dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Mereka diseru supaya meninggalkan berhala-berhala yang mereka jadikan untuk penyembahan bagi kaum mereka.
Mejoriti masyarakat mengikuti seruan nabi Soleh, tetapi tokoh-tokoh mereka tetap berpegang dengan kekafiran. Dakwah disampaikan kepada mereka melalui dua kaedah iaitu: ucapan dan tindakan. Namun mejoriti dari kaum tersebut tidak mahu menerima. Malah mereka ingin membunuh nabi Soleh. Langkah pertama yang mereka lakukan untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap nabi Soleh ialah membunuh unta peliharaan beliau yang dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai bukti kenabiaan beliau. Tindakan itu dijawab oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan azab yang menghancurkan mereka.
Kisah kaum Thamud ada diterangkan dalam beberapa ayat lain dalam al-Qur’an, iaitu dalam surah yang berbeza, antara lain dapat dilihat dalam surah al-A’raf: 73-79, surah Hud: 61-68, surah an-Naml:45-53, surah Hijr:80-84, surah al-Isra’:59, surah asy-syu’ara:141-159, surah Fushilat: 17-18, surah al-Qamar: 23-32 dan surah Ibrahim: 8-9. Yang istimewanya kaum Thamud ialah selalu disebut bersama kaum Aad. Hal ini dapat diperhatikan melalui ayat dalam surah Bara’ah(at-Taubat), surah Ibrahim, surah al-Furqan, surah Shad, surah Qaf, surah an-Najm dan surah al-Fijar.
Pada perengan sebelum ini telah diceritakan bahawa kaum Thamud adalah sebahagian dari bangsa Arab Aribah. Mereka lahir selepas kaum Aad. Tetapi mereka tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari kaum Aad. Oleh sebab itu, nabi Soleh a.s. mengingatkan mereka supaya menyembah dan tidak menyekutukan Allah s.w.t., tidak mengusik unta yang diberikan oleh Allah kepadanya sebagai bukti kenabiaannya. Mereka juga di ingatkan agar mengingati kenikmatan-kenikmatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Tentang kedudukan yang mereka terima sebagai penganti kaum Aad, yang diberi kemampuan membina gedung-gedung dan membuat rumah-rumah dibawah gunung.
( perkara ini dapat dilihat melalui ayat dalam surah al-Araf, ayat 73-74).
Semua nikmat itu harus diimbangi dengan rasa syukur dalam melaksanakan tindakkan-tindakan yang terpuji, beribadah kepada-Nya, dan tidak menyekutukan-Nya tetapi hal itu tidak dilakukan oleh mereka. Sebaliknya kaum Thamud memberi penentangan yang keras dan menolak dari mentoatinya. Peringatan yang disampaikan kepada mereka sebagai satu pengajaran untuk direnungkan. Nabi Soleh berkata “Wahai kaumku! Sembahlah Allah s.w.t., tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Dialah yang menciptakan kamu dari tanah dan membuatkan kamu membiak didalamnya”. Maksudnya: yang menciptakan kamu dan memberi kamu kemampuan untuk meramaikan semua didunia ini adalah Allah s.w.t. Dia memberi kemampuan untuk bercucuk tanam. Allah s.w.t. apa sahaja yang ada disana dan sekaligus memberi rezeki kepada mereka. Maka selayaknya hanya Allah s.w.t. sahaja berhak disembah dan bukannya yang lain.
Sesungguhnya apa yang disampaikan oleh nabi Soleh a.s. kepada kaumnya lebih lembut dan sebaik-baik tindakan adalah dalam rangka menyeru kepada kebajikan. Dari segi kefahaman secara umumnya Soleh berkata: “ Bagaimana tanggapanmu jika persoalan itu seperti apa yang aku katakan dan aku seru kepadamu diserahkan kepada-Nya. Alasan apa yang akan kamu sampaikan diisi Allah nanti? Apa jaminan kamu ketika dihadapannya, kalau kamu menuntut aku meninggalkan tugas menyeru kepadamu untuk mentoat-Nya? Bagiku tidak mungkin aku meninggalkan kewajipan yang telah dibebankan kepadaku. Andai aku menuruti kamu meninggalkan tugas itu, pastilah tidak pernah ada seorang pun dari kamu atau yang lain, sanggup melindungiku atau menolongku. Aku bertekad tidak akan berhenti menyeru kamu supaya menyembah Allah s.w.t. sahaja, sehingga Dia sendiri membuat keputusan antara aku dan kamu”. Sekali lagi mereka memberi jawapan yang menyakitkan hati. Kali ini mereka menuduh nabi Soleh ahli sihir, sebagaimana yang tersebut didalam surah asy-syu’ara, ayat 153: “ Kamu ini pastilah hanya salah seorang dari tukang sihir”. Menurut para ulama’ ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan ‘tukang sihir’ adalah ungkapan sikap dimana mereka tidak memahami maksud seruan atau ajakan yang dilakukan oleh nabi Soleh kepada kaumnya, berkaitan peribadatan kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan semua berhala-berhala selain Dia.
UNTA NABI SOLEH
Para ahli tafsir mengatakan bahawa suatu hari kaum Thamud mengumpulkan masyarakat didalam satu pasukan. Dalam pertemuan itu, nabi Soleh turut hadir. Kesempatan itu digunakan beliau untuk menyeru mereka supaya menyembah Allah s.w.t. Nabi Soleh mengingatkan mereka. Beliau memberi petua atau nasihat, peringatan dan perintah kepada mereka. Mereka menjawab: “Baiklah! Tapi buktikan dahulu. Engkau mestilah menciptakan seekor unta yang keluar dari batu-batu yang keras itu”. Mereka mengatakan begitu sambil menunjukkan kearah batu-batu keras yang terdampar dihadapan mereka. Belum cukup permintaan itu, mereka memberi beberapa syarat mengenai sifat-sifat unta itu, yang dilengkapi pula dengan nama dan pangkatnya. Nabi Soleh berkata: “ Bagaimana reaksi kamu kalau aku sanggup memenuhi permintaan itu sesuai dengan tuntutan kamu. Apakah kamu akan beriman terhadap risalah yang aku bawa kepadamu, dan kamu mahu membenarkan ajaran yang aku utuskan untuk membawanya?”. Mereka menjawab: “Ya! Kami akan mengakui kebenaranya”.
Satu perjanjian yang mengikat mereka segera disepakati. Nabi Soleh kemudian bangkit dari tempat duduknya munuju tempat solat. Disitu beliau bermunajat kepada Allah s.w.t. dengan segala kemampuannya. Beliau berdoa memohon kepada Allah s.w.t. supaya mengabulkan tuntutan mereka. Ketika itu juga Allah s.w.t. memerintahkan batu-batu keras dihadapan mereka mengeluarkan seekor unta betina yang besar. Sifat-sifat unta yang sesuai dengan tuntuan mereka.
Apabila mereka melihat kejadian yang amat luar biasa itu, dan ianya sebagai bukti yang amat jelas di hadapan mata mereka sendiri, maka sebahagian diantara mereka terus beriman tetapi ada yang tetap mempertahankan kekafiran, kesesatan dan penentangannya. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “ Maka mereka mengingkarinya”. Maksudnya, mereka masih menolak untuk mengakui kebenaran itu dan tidak mahu mengikutinya. Namun salah seorang pemimpin mereka yang beriman bernama Junda bin Amru bin Muhlah bin Lubaid bin Juwas, dan setelah menyatakan beriman, dia tetap dengan keislamannya.
Sikap terbuka yang mahu mengakui kebenaran Soleh segera mendapat tentangan dari mereka yang masih enggan menerima risalah nabi Soleh. Penentangan secara terbuka itu dilakukan oleh Zuab bin Amru bin Lubaid dan Habbab, pemilik berhala yang menjadi berhala mereka, Rabab bin Sha’ru bin Jalmas. Dengan keimanannya itu, sepupu Junda yang bernama Syhab bin Khulaifah agar turut bersamanya. Dia termasuk orang yang dihormati dikalangan mereka. Pada mulanya Syhab tertarik untuk beriman, tetapi mereka segera bertindak menghalang niatnya. Dia gagal mengikuti ajakan saudaranya dan cenderung kepada mereka. Dalam perebutan Syhab salah seorang telah menyatakan beriman telah mendendangkan syair. Dia bernama Muhrasy bin Ghunmah bin zamil.
Dengan munculnya mukjizat itu, maka Solewh a.s. berkata: “ Inilah unta milik Allah s.w.t”.(surah Hud:64). Pengembalian unta itu kepada Allah s.w.t. adalah sebagai satu bentuk sandaran tasyrif(pemuliaan) dan ta’zhim(pengagungan). Padanan kalimah itu seperti orang yang berkata: “ Baitullah atau Abdullah?”. Hud berkata seperti yang terdapat dalam ayat yang difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam surah Hud, ayaat: 64.
Ketika itu juga sebahagian daripada mereka bersepakat membiarkan unta itu dikawasan mereka. Ia bebaas mencari makanan dimana sahaja dikawasan tanah mereka. Dalam soal minumannya, beliau meminta ketetapan untuk bergilir-gilir selang sehari. Apabila tiba giliran unta nabi Soleh untuik mememinum air perigi, tiba-tiba mereka bertindak dengan meningkatkan keperluan mereka untuk hari esok. Mereka berkata: “ Bagi mereka sudah cukup meminum air susu unta itu”. Sikap ini dibantah oleh nabi Soleh. Beliau berkata: “ Ia mempunyai hak giliran untuk minum dan kamu juga mempunyai hak giliran untuk minum sesuai dengan hari yang ditentukan”. Tindakan menyalahi peraturan itu sebelumnya sudah disebut oleh Allah dalam surah al-Qamar, ayat: 27. maksudnya, kehadiran unta itu menjadi iktibar bagi mereka. Adakah mereka akan beriman atau tetap kafir? Allah s.w.t. lebih mengetahui tindakan yang akan dilakukan oleh kaum Thamud, maka dengan itu nabi Soleh diminta untuk menunggu reaksi mereka dengan hati yang sabar.
Setelah lama unta nabi Soleh berada disitu, para ketua kaum Thamud mengadakan perjumpaan dan menyuarakan hasrat hati mereka untuk memenggal unta nabi Soleh (sembelih). Dengan itu tempat minum binatang ternakan mereka tidak diganggu oleh kehadiran unta itu. Cadangan mereka segera mendapat sambutan syaitan. Mereka dipujuk agar mempercepatkan tindakan mereka. Memang benar, tidak lama selepas kejadian memenggal unta nabi Soleh Allah s.w.t. berfirman dalam ayat ke 77, surah al-A’raf. Dalam peristiwa memenggal unta setiap kelompok mempunyai ketua dan yang bertindak sebagai penyembelih adalah Qadar bin Salaf bin Junda. Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah anak dari hasil hubungan zina. Dia dilahirkan ditempat tidur Salaf dan dia sendiri anak lelaki dari Shaiban. Tindakan Qadar itu adalah berdasarkan pada kesepakatan mereka, kerana itu adalah tanggungjawab yang dipikul bersama.
Ibnu Jarir dan para ahli pentafsir yang lain mengatakan bahawa ada dua orang perempuan dari kaum Thamud, salah satu diantaranya bernama Shaduq. Dia anak perempuan Mahyan bin Zubir bin Mokhtar. Dia adalah dari golongan bangsawan yang kaya. Asalnya dia diperisterikan oleh seorang muslim yang mengikuti Soleh, lalu dia meminta cerai. Shaduq mengundang sepupunya yang bernama Mushra bbin Munhaj bin Mahya. Dia menawarkan dirinya untuk diperisterikan Mushra dengan syarat Mushra harus memenggal unta nabi Soleh.
Adapun perempuan yang kedua pula bernama ‘Unbazah binti Ghanimn bin Mujlaz. Gelarannya adalah ummu Ghunmah. Dia seorang tua yang amat kafir. Dia mempunyai beberapa anak perempuan dari hasil perkahwinannya dengan Zuaab bin Amru, salah seorang ketua kaum Thamud. Perempuan itu menawarkan anak-anak perempuannya kepada Qadar bin Salaf, dengan syarat dia harus memenggal unta itu. Jika berjaya, dia bebas memilih salah seorang diantara anak perempouannya.
Semangat dua orang pemuda itu membakar untuk melaksanakannya demi memenuhi syarat yang ditawarkan oleh dua orang perempuan itu. Mereka bertekad untuk memanggal unta nabi Soleh. Mereka bergegas bertemu kelompok masing-masing sambil menyampaikan tawaran dua perempuan tadi. Tujuh orang dari angkatan pemuda mereka bersetuju terhadap tawaran itu, sehingga jumlah mereka menjadi sembilan orang. Jumlah itu sesuai sepertimana yang diterangkan dalam al-Qur’an. Mereka ini terkenal sebagai anak muda yang suka berbuat kejahatan seperti yang terdapat dalam surah an-Naml, ayat ke 48.
Sembilan orang pemuda itu cuba mendekati kabilah yang belum mendengari tawaran tersebut. Mereka menyampaikan rancangan mereka untuk memenggal unta nabi Soleh. Rancangan itu ternyata mendapat sambutan. Mereka segera berangkat mencari unta nabi Soleh. Setelah ditemui, Mushra segera melemparkan lembingnya. Lemparan lembing Mushra tepat mengenai bahagian kaki. Unta itu rebah. Beberapa orang perempuan bergegas datang dan menyesali perbuatan mereka membunuh unta itu. Wajah-wajah mereka nampak sedih dan menyesali tindakan mereka yang biadab itu. Mereka meminta Qadar menghunus pedang lalu dihunuskan kebahagian leher. Unta itu jatuh ke bumi dengan satu keluhan yang menyayat, bagai ia mengkhuatiri anaknya. Sekali lagi Qadar menikam dibahagian perut dan akhirnya memotong lehernya. Anak unta itu berlari menuju ke bukit yang berada tidak jauh dari tempat itu. Tiba-tiba ia mengeluh tiga kali.
Abdul Razak mengatakan riwayat yang diterima dari Mu’ammar dari seseorang yang mendengar percakapan al-hasan. Dia berkata bahawa ketika itu anak unta mengeluh sambil berkata: “wahai Tuhan! Dimana ibuku?”. Kemudian dia masuk kedalam batu-batu besardan keras dan lenyap disana. Adapula yang mengatakan bahawa anak unta itu turut dipanggal oleh mereka sebagaimana diterangkan didalam ayat yang bermaksud: “Maka mereka memanggil kawanya, lalu kawannya menangkap unta itu dan membunuhnya. Alangkah dasyatnya azabKu dan ancamaku”. (surah al-Qadar:29-30).
Dalam surah asy-syams Allah s.w.t. menyebut melalui firmannya yang bermaksud: “ Ketika bangkit orang yang paling celaka diantara mereka, lalu Soleh berkata kepada mereka: “Biarkanlah unta betina (milik) Allah itu dan juga minumannya. Mereka membunuh unta itu. Maka Tuhan menghancurkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Mereka dimusnahkan sehingga menjadi rata dengan tanah. Allah tidak takut (menyesali ) akibat dari tindakan-Nya.
Diterangkan bahawa ketika mereka membunuh unta itu beramai-ramai, orang yang memulakannya adalah Qadar bin Salaf. Semoga Allah s.w.t. melaknatnya. Mula-mula yang dilakukannya adalah urat besar dibahagian tumit (kaki). Unta itu rebah. Mereka segera merejamnya dengan pedang. Peristiwa yang amat tragis itu membuatkan anak unta itu ketakutan. Ia menjauhkan diri dan berlari menuju kebukit dan mengeluh tiga kali. Atas tindakan biadab mereka ini, Soleh a.s. berkata: “Silalah kamu bersuka ria dirumah-rumahmu selama tiga hari”. Ancaman ini pun dianggap main-main oleh mereka bahkan yang sukar diterima akal yang sihat ketika mereka hendak melaksanakan niat jahat untuk unta membunuh unta itu, sebelum itu mereka diminta bersumpah. “Bersumpahlah kamu dengan nama Allah, bahawa kita sungguh-sungguh akan menyerangnya serta keluarganya”.
Menyentuh tentang rancangan jahat mereka, al-Qur’an ada menyebut dalam ayat ke 49, surah an-Naml. Oleh sebab itu, sebelum mereka dapat melaksanakan rancangan kejahatan mereka untuk menganiaya Nabi Soleh dan keluarganya, Allah s.w.t. telah mengirimkan batu-batu yang menghujani mereka. Ketika itu jugalah kegagalan telah mendahului rancangan mereka. Peristiwa besar yang menimpa kaum Thamud itu terjadi pada hari khamis. Hari itu adalah permulaan kepada hari penantian. Wajah-wajah mereka berubah menjadi kuning sebagaiman yang diancam oleh nabi Soleh a.s.
Apabila waktu petang mereka dipanggil oleh pemimpin mereka supaya berkumpul dan mereka berkata: “Ingatlah! Hari kematian kita telah hampir”. Masuk hari kedua, iaitu hari takjil yang bertepatan dengan hari jumaat. Kali ini wajah mereka berubah menjadi merah, masuk waktu petang, mereka kembali menyeru kaumnya: “ Ingatlah! Dua hari kematian kita telah berlalu”. Masuk hari ketiga, iaitu hari bersenang-senang, yang bertepatan dengan hari sabtu. Kali ini wajah mereka berubah menjadi hitam. Apabila tiba waktu pagi di hari ahad, mereka memasak dan mempersiapkan diri sambil duduk menunggu azab yang akan menimpa mereka. Mereka tidak tahu bagaimana Allah s.w.t akan bertindak kepada mereka. Mereka tidak tahu dari mana datangnya seksaan yang akan dating.
Ketika matahari sedang bersinar, tiba-tiba terdengar suara mengegar dari atas disertai gempa bumi yang amat dasyat. Dalam waktu yang singkat sahaja mereka bergelimpangan mati. Mereka tidak mampu menahan gegaran suara yang menakutkan itu. Kebenaran telah terbukti, maka mereka menjadi longgokan-longgokan mayat yang bergelimpangan didalam rumah masing-masing. Mereka menjadi bangkai tanpa roh. Para ahli sejarah dan mutafassir mengatakan bahawa dalam waktu yang singkat itu, tidak ada seorang pun yang terkecuali dari mereka itu, kecuali perempuan yang tengah duduk ditempatnya. Dia bernama Kalbah binti as-Sulaq. Ada yang memanggil dia dengan nama Zariah. Dia terkenal dengan perempuan yang amat gigih mempertahankan kekafiran dan penentangan terhadap Soleh. Apabila melihat datangnya azab, kedu-dua kakinya lumpuh seketika. Dia berusaha bangun tetapi tidak berdaya. Dia merangkak bagai seekor binatang, sekelompok orang Badwi dating menghampirinya. Dia bercerita kepada mereka tentang tragedy yang menimpa mereka. Perempuan itu meminta air. Setelah diberi minum air dia menemui ajalnya sebagaimana yang menimpa kaumnya. Firman Allah s.w.t.: “ Seakan-akan mereka belum pernah tinggal ditempat itu. Ingatlah! Sesungguhnya kaum Thamud menggingkari Tuhanya. Ingatlah! Kum Thamud menemui kehancuran”. (surah Hud:68).[3]
KESIMPULAN
Kaum Thamud banyak melakukan dosa-dosa besar dengan menentang Allah s.w.t. dan Rasulnya, ketika dilarang menyakiti unta yang dijadikan tanda-tanda (kerasulan Soleh a.s.) kepada mereka. Malahan mereka mencederakan dan membunuhnya beramai-ramai. Mereka juga menentang dan mencabar supaya menurunkan azab dengan segera. Akibatnya seksaan itu berhak mereka terima. Adapun yang terakhir ini dapat disemak dari dua sudut: alasan kepada mereka sebagaimana dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya dalam surah Hud, ayat 64. dalam ayat lain juga dinyatakan melalui firmannya yang bermaksud: “kamu akan ditimpa azab yang besar suatu hari nanti”. (surah asy-syu’ara, ayat 156). Semua keterangan ini adalah benar dan cabaran mereka supaya menyegerakan azab. Mereka mendustakan Rasulnya yang datang dan disertai dalil-dalil qat’i atas kenabian dan kebenaraannya. Hal itu sebenarnya mereka ketahui tetapi kecenderungan mereka pada kekafiran. Kesesatan dan penentangan terhadap ajaran yang benar mengheret mereka jatuh kedalam keseksaan.surah ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada manusia kearah ketaatan dan memberi peringatan supaya manusia tidak melakukan maksiat. Allah telah melaksanakan apa yang telah dijanjikan dan hukumannya kepada mereka tanpa sedikitpun takut akibat pembinasaan tersebut dari sesiapa pun.
BIBLOGRAFI
1) Kisah Para Nabi,Qaishashul Anbiya’ Ibratul Li Ulil Albab, cetakan pertama 2003.
2) Tafsir Al-Munir Juz Ammar, Dr. Wahbah Al- Zuhaily, Persatuan ulama’ Malaysia, Intel Multimedia And Publication, cetakan November 2001.
3) Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Dibawah Bayangan al-Qur’an, Asy- Syahid Sayyid Qutub Rahimahullah, Warisan sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2000, Jilid 17.



[1] Tafsir Al-Munir Juz Ammar, Dr. Wahbah Al- Zuhaily, Persatuan ulama’ Malaysia, Intel Multimedia And Publication, cetakan November 2001.
[2] Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Dibawah Bayangan al-Qur’an, Asy- Syahid Sayyid Qutub Rahimahullah, Warisan sdn. Bhd., Cetakan Pertama 2000, Jilid 17.
[3] Kisah Para Nabi,Qaishashul Anbiya’ Ibratul Li Ulil Albab, cetakan pertama 2003.